Sepet
Jika ‘Sepet’ merujuk kepada Jason @ Ah Long, ‘Gubra’, apa pulak yang dibawakan?
Percintaan antara dua kaum, dua darjat yang berbeza. Namun, cinta sejati masih wujud. Indahnya perjalanan, tapi bahagia tak kesampaian. Sesegar ingatan akan endingnya, babak jasad Jason terbaring di atas jalan, accident motor. Parah, darah berlumuran. Di saat itu juga, deringan telefon bimbit Nokia kedengaran. Orked ke? Siapa pula suara lelaki yang menjawab? Tanda soal tertanya-tanya…. Siapa? Siapa tu?
Sedihnya, tapi musykil akan ending yang nak disampaikan. Terpulanglah, seperti kata-kata Yasmin Ahmad dalam akhbar sebelum ini. Cerita sengaja tergantung, biar penonton yang menentukan. Ada yang menyatakan Jason dah meninggal. Apa? Then siapa pulak mamat yang bersuara tu? Pelbagai versi yang dibahaskan. Ah Keong? Member baiknya tengah on the way kejar Ah Long, sampai ke tempat kejadian lalu menjawab telefon, seolah-olah dialah Jason agar Orked lega beredar. Tidak kurang juga yang mengulas bahawa roh Jason yang bersuara kerana hasrat dan semangat cintanya terhadap Orked. Segelintir pulak tak kisah dan mengutuk cerita yang tak ada penghujung. Cetek fikiran. Pada mereka, wayang is just an entertainment.
Gubra pun sebegitu ke? Nak kata ya, ataupun tidak… memang tak ada yang benar-benar mengerti kesudahan selain daripada creatornya sendiri. Kesinambungan jalan cerita terdapat dalam filem part 2 ni. Bertemunya Orked dengan Alan, abang Jason, maka terjawablah musykil tahun lepas. Jason had died. Orked dan Alan berkawan, rapat nampaknya…..entah mana tahap hubungan diorang ‘coz there’s no ending again. Ada Sepet 3 lagi ke? Well, jikalau stay lebih lama lagi dalam cinema, sambil menghayati lagu nostalgia… tetiba you’ll see Jason alive!
Ramai yang keluar dari panggung membuat kesimpulan bahawa itulah ending alternatif sekiranya Jason masih hidup from Sepet scene….beginilah kebahagiaan yang dikecapi Orked, bersama Jason loving forever. Then, member lain I pulak kata, sebenarnya Jason tak mati. Apa yang difilemkan dalam Gubra hanyalah mimpi Orked from start towards the end. Both of them kahwin and live happily ever after. Adui, putar belit lagi…agak pening bukan? But mungkinkah yang Jason dalam scene tu sebenarnya Alan? Cuma luarannya body Jason kerana Orked amat mencintainya, tetapi kini dia settle dengan Alan kerana kecewa with husband pakcik besar. Of course, I believe she loves Alan too, but first love is the deepest. Itulah yang I tafsir. Yours? It’s up to you.
Walaubagaimanapun, Gubra tak sebest Sepet, tapi watching both films memang enjoying. Berbanding dengan filem melayu yang lain, Sepet dan Gubra dapat dihayati dengan sepenuhnya. Terdapat banyak mesej tersirat, diselitkan pulak adegan-adegan lumrah kehidupan yang sebetul-betulnya refleksi alam zaman ini. “Different lamps, but the lights are the same.” Satu frasa yang kuat ertinya. Syabas Yasmin!
Nazri Kakashi said,
April 17, 2006 @ 4:24 am
Ohh, sudah tengok ya.
Bagus, bagus.